Isnin, 19 Oktober 2015

Kucing di Malaysia


Kucing bukanlah haiwan yang diternak untuk dijadikan makanan.Ia adalah haiwan peliharaan untuk dibelai dan disayangi.Disebabkan itu tak ada kerajaan dalam dunia ni yang mengawal harga kucing ini.Terpulang kepada penjual untuk meletakkan harga sesuka hati.Kalau kita tengok kat petshop, harganya memang tinggi.Tak ramai yang mampu memilikinya.Ramai yang merungut peniaga mahu mengaut keuntungan tak masuk akal.

Biasanya harga bagi seekor kucing kacukan parsi adalah sekitar RM200 hingga ke RM700.Kucing parsi jenis semi flatface pula antara RM500 ke RM1200.Kucing parsi flatface low nose biasanya dijual dalam lingkungan RM1200 ke RM1600.Jenis yang paling mahal - flatface highnose pula berharga RM1500 hingga RM3500.Harga kucing kucing ini boleh meningkat berkali ganda sekiranya memiliki sijil pegesahan baka dari TICA atau CFA atau memiliki keunikan yang jarang ditemui.

Yang kedua adalah kos perubatan.Kucing parsi bukanlah baka tempatan.Cuaca panas dan lembab di Malaysia tidak berapa sesuai untuk kucing ini.Daya tahan penyakitnya tidak sebaik kucing tempatan.Selain 3 bulan sekali vaksin yang wajib untuk kucing, pemilik perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk rawatan lain seperti selsema, kutu, fungus dan cirit birit.

Seterusnya kos pengurusan bahan kumbahan.Disebabkan kucing ini tidak sesuai dengan iklim panas, kucing perlu dibela dalam rumah sepanjang masa.Ini bermakna tandasnya perlu disediakan di dalam rumah.Bekas pasir perlu disediakan.Bagi yang menggunakan pasir disodok depan rumah, kosnya percuma.Cuma perlu rajin menukar pasir atau perlu membiasakan diri dengan bau taik kucing.Hahahaha.Bagi yang kurang rajin bolehlah membeli pasir tandas kucing.Harganya RM5 hingga RM25 setiap 5 kg bergantung pada jenis.Aku suka menggunakan jenis 'clumping' yang berharga RM19 untuk 5 kg.Walaupun harganya agak mahal tapi ianya sangat menjimatkan kerana aku hanya perlu membuang bahan buangannya dan pasir yang berketul akibat terkena air kencingnya sahaja.Tak perlu menukar keseluruhan pasir tu.Senang sikit kerja mencacai.

Penjagaan bulu perlu diambilkira.Bulunya yang panjang memerlukan penjagaan yang rapi.Selain perlu disyampu 2 minggu sekali, bulunya perlu disikat setiap hari.Ini penting untuk membuang bulu bulu yang telah gugur tapi masih melekat di badannya.Kemalasan membuang bulu bulu yang dah mati ni boleh meningkatkan kos perubatan.Tabiat kucing yang suka menjilat badan untuk membersihkan diri menyebabkannya boleh tertelan bulu.Bulu bulu ini tidak dapat dihadam dan terkumpul di dalam perut.Setelah banyak, bulu bulu ni akan bergumpal dan membentuk hairball.Sesetengah kucing akan memuntahkannya melalui mulut.Namun ada jugak kucing yang tak dapat keluarkan benda alah ni..Gumpalan bulu ini akan menghalang saluran sistem pencernaan dan mengundang penyakit.

Bagi kucing kacukan parsi yang berhidung mancung, mungkin tak ada masalah dengan penjagaan mata.Tapi bagi jenis kemek, terutamanya jenis highnose, matanya selalu berair dan perlu kerap dibersihkan.Sebab tulah semakin kemek muka kucing tu, semakin tinggi harganya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan